JERUDONG, Ahad, 16 April. – Seramai 1,500 peserta terdiri daripada kalangan murid Sekolah Seri Mulia Sarjana (SMSS) dan juga para ibu bapa, menyertai acara wheelathon ‘Heroes on Wheels’ yang berlangsung di Jerudong Park Amphitheatre, di sini.

Hadir pada majlis tersebut ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SMSS, Dr Mary Lim.
Dr Mary Lim dalam ucapan alu-aluannya berkata sejumlah BND19,725.61 telah berjaya dikutip bagi acara ini.
Menurut beliau, dari jumlah tersebut, sebanyak BND14,089.72 telah didermakan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim (DANA) dan BND5,635.89 pula disumbangkan kepada Persatuan Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD).
Wheelathon ini ujarnya, adalah untuk meraikan ulang tahun penubuhan ke-25 sekolah berkenaan, selaras dengan inisiatif sekolah dalam mementingkan penjagaan kesihatan dan kesedaran alam sekitar.
Dr Mary Lim kemudiannya menyerahkan sumbangan-sumbangan tersebut kepada Pegawai Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Samsudin bin Haji Puasa selaku wakil kepada pihak DANA dan juga wakil dari pihak SOBD.
Terdahulu majlis dimulakan dengan sesi senamrobik diikuti dengan pelepasan bagi acara walkaton dan basikalton sejauh 3km, 5km dan 10km yang bermula dan berakhir di Jerudong Park Amphitheatre.
Acara bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pelajar dan guru, ibu bapa serta ahli kakitangan SMSS di samping memupuk gaya hidup sihat.
Antara acara sampingan yang turut diadakan termasuk permainan bauncer, ‘face painting’, jual-jualan dan banyak lagi.
‘Heroes on Wheels’ kutip BND19,725.61
Facebook@Jerudong Park Playground
Instagram@JerudongPark