KAMPUNG JERUDONG, Selasa, 28 Februari. – Jerudong Park Playground (JPP) and Country Club akan menyertai RB Travel Fair buat pertama kalinya.
Menurut Siaran Akhbar JP Country Club, mereka akan menyertai RB Travel Fair Ke-12 di Belait di Pusat Insani, Seria pada 4 hingga 5 Mac ini.
JPP mempunyai tawaran istimewa bagi pakej keluarga dengan potongan 40 peratus bagi yang bermastautin dan tidak bermastautin. Dengan hanya BND24.00 untuk bermastautin dan BND30.00 untuk tidak bermastautin.
Sementara itu, JP juga mempunyai tawaran tiket diskaun khas dari harga biasa untuk orang dewasa dan kanak-kanak, hanya BND11.00 untuk dewasa dan BND6.00 untuk kanak-kanak.
Bagi yang tidak bermastautin boleh menikmati harga hanya dengan BND15.00 untuk dewasa dan BND8.00 untuk kanak-kanak.
Manakala JP Merchandise juga akan menawarkan harga diskaun istimewa, iaitu 20 peratus. Membawa pulang tumbler, self-stirring mug, kipas led mini atau payung untuk kunjungan awda yang seterusnya.
Dapatkan baju ‘T’ atau topi Supakarts pada tawaran istimewa, tertakluk kepada terma dan syarat. Tawaran adalah terhad hanya di RB Travel Fair sahaja.
Jerudong Park Playground sertai RB Travel Fair