JERUDONG, Sabtu, 25 Februari. – Lebih 1,500 orang menghadiri Persembahan Muzikal daripada Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang berlangsung di Jerudong Park (JP) Amphitheatre, di sini, malam ini.
Persembahan Muzikal yang melibatkan kumpulan The Hunters dan Persembahan Tatu Pancaragam ABDB tersebut diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33.
The Hunters merupakan kumpulan muzik yang terdiri dari anggota ABDB, manakala Persembahan Tatu dari Pancaragam ABDB adalah acara kemuncak hujung minggu yang diadakan semasa berlangsungnya JP’s Big Weekend.
Turut diadakan semasa JP’s Big Weekend nanti ialah acara ‘Sound and Splash’ di Taman Air Jerudong Park yang akan menampilkan bakat-bakat seperti Kasyfi dan Hafiz serta Ariffin dan Faiz dan permainan-permainan mini termasuk ‘Face you fear’, Tic-tac-toe’ dan hadiah ‘Pyramid Box’.
Taman Permainan Jerudong juga menawarkan promosi berterusan bagi pakej keluarga berharga BND33 untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak serta masuk percuma untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.
Orang ramai juga boleh menyertai Pertandingan Foto Instagram Jerudong Park’s National Day melalui laman sosial Instagram mereka @JerudongPark bagi memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan.
Jerudong Park’s Big Weekend ceriakan pengunjung