Lebih 239 karton minuman tin telah diedarkan oleh pihak pengurusan Jerudong Park Country Club kepada para pekerja mereka sebagai persediaan menyambut bulan Syawal. Majlis diadakan di Dewan Serbaguna, ibu pejabat JPCC, di sini.Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Pemangku Pengurus Besar JPCC, Datin Sakdiah binti Haji Mohd Noor kepada ketua jabatan masing-masing. Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan, Pengurus Kanan / Pengurus Kewangan, Awang Haji Jeff Hadiman bin Dato Haji Danial; Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran, Alexandra Lim Hsiao Vun Human; Pengurus Pajakan Hartanah dan Operasi, Awang Haji Asmali bin Haji Bujang; Pengurus Jualan dan Pembangunan Perniagaan, Dayang Hajah Siti Norzalena binti PDHA Rahman dan Pengurus Taman Permainan, Awang Haji Nayan bin Kassim.Pengedaran minuman tin itu merupakan sebahagian daripada acara tahunan untuk memupuk semangat kemasyarakatan dalam kalangan kakitangan dan pihak pengurusan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

JPCC beri karton minuman kepada pekerja