JERUDONG, Khamis, 22 Jun. – Jerudong Park Country Club (JPCC) telah mengadakan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran sebagai sebahagian daripada aktiviti-aktiviti keagamaan di sepanjang  bulan Ramadan. Majlis diadakan di Lounge VIP, Amphitheatre Jerudong Park.
Seramai sembilan peserta lelaki dan 14 peserta wanita yang terdiri daripada kakitangan dan pengurusan JPCC termasuk Pemangku Pengurus Besar JPCC, Datin Sakdiah binti Haji Mohd Noor menyertai Khatam Al-Quran selama sebulan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pengurus Kanan / Pengurus Kewangan JPCC, Awang Haji Jeff Hadiman bin Dato Haji Danial dan diikuti dengan pembacaan Al-Quran.
Majlis diteruskan dengan menabur bunga rampai dan pengagihan Bunga Telur dan disusuli dengan penyampaian hadiah kepada peserta. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat bagi memberkati majlis tersebut.

 

JPCC giat adakan aktiviti keagamaan