JERUDONG, Rabu, 17 Mei. – Jerudong Park Country Club Sendirian Berhand (JPCC) menyambut Ulang Tahun Ke-3 bagi Pelancaran Semula Jerudong Park Playground pada 17 Mei 2014, di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JPCC.
Menurut Siaran Akhbar JPCC, sejak pelancaran semula pada 2014, Jerudong Park kini dalam perjalanan untuk mencapai 700,000 jumlah pengunjung.
Dengan aliran pelawat yang masuk dari tahun ke tahun, Jerudong Park Playground masih di landasan untuk mencapai 1,000,000 pengunjung pada tahun 2017.
Majlis Ulang Tahun Pelancaran Semula bermula dengan bacaan Doa Kesyukuran diikuti dengan Majlis Memotong Kek yang diketuai oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah JPCC, Dayang Hajah Rinah Moksin dan Dayang Hajah Erma Rajwani binti Haji Maludin.
Juga hadir, Pemangku Pengurus Besar JPCC, Datin Sakdiah binti Haji Md. Noor dan Pengurus Kanan / Pengurus Kewangan JPCC, Awang Haji Jeff Hadiman bin Dato Haji Danial; Pengurus Kanan serta lebih 40 kakitangan JPCC.
Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Pelancaran Semula Jerudong Park Playground dan Hari Keluarga Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2017, JP mengadakan Ultimate Family Weekend yang Pertama.
Pada JP Ultimate Family Weekend dengan tawaran istimewa BND3, bermula dari 5 hingga 7 Mei tersebut telah berjaya menarik lebih 15,300 pengunjung, sementara itu, lebih 4,000 pengunjung lagi menyertai JP Garden Festival Keluarga yang Pertama.

 

JPCC Sambut Ulang Tahun Ke-3