Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – TOTAL E&P Borneo BV, semalam, telah mengadakan Hari Keluarga TOTAL sempena dengan Hari Keluarga Kebangsaan yang berlangsung di Jerudong Park Garden, di sini.

Acara tahunan syarikat berkenaan telah dihadiri oleh 200 kakitangan TOTAL bersama keluarga masing-masing.

Dengan bertemakan ‘Healthy Active Lifestyle’, acara tersebut dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang berkaitan dengan kesihatan.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk golf mini, Balloon Pop, Nerf Shooting, Hoop Shoot, melukis inai, permainan video oleh GameOn.bn, Slacline dan cabaran boulder oleh UCC Climbing Centre, Dodgeball, Futsal dan Obstacle Race serta Crossfit Kids oleh Reebok Crossfit.

Acara dimulakan dengan permainan pengenalan keluarga dan demonstrasi parkour oleh Brunei Parkour.

Majlis setahun sekali ini merupakan antara peluang keluarga TOTAL berkumpul bersama-sama, bersuka ria dan bergembira untuk mengeratkan lagi hubungan erat silaturahim kekeluargaan.

TOTAL raikan Hari Keluarga